Pertama sekali kami dari ADA Image Sdn Bhd ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian anda untuk melawat laman web kad kahwin kami. Kami mohon maaf jika terdapat sebarang kesulitan sepanjang anda melayari laman web kami.Bagi sesiapa yang ingin membuat pesanan untuk produk-produk kami, anda dinasihati untuk membaca dan meneliti dahulu terma dan syarat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ketika proses pesanan dibuat.
Berikut adalah terma dan syarat yang telah ditetapkan:-
Berikut adalah terma dan syarat yang telah ditetapkan:-
- Kontrak / Pengesahan PesananIngin dimaklumkan bahawa kontrak yang sah antara kami dan pembeli hanya wujud setelah pesanan yang disertakan dengan bayaran deposit pertama diterima oleh kami dan juga setelah kami mengesahkan kepada anda dalam tempoh 3 hari bekerja bahawa bayaran telah diterima oleh pihak kami.
- Produk dan Servis Reka BentukSetiap produk yang terdapat dalam koleksi kami adalah bergantung kepada stok yang ada ketika pesanan ingin dibuat.Kami akan dari semasa ke semasa mengemas kini laman web kami dan akan memberitahu kepada anda mengenai stok sebelum anda membuat pembayaran pertama.Kami juga akan mengemas kini harga-harga kad mengikut harga terkini (harga bergantung kepada harga kertas).Untuk servis reka bentuk pula, kami akan membuat mengikut spesifikasi mesin percetakan dan akan ditunjukan dahulu kepada anda untuk pengesahan sebelum proses cetakan bermula. Untuk reka bentuk peta, anda diminta untuk menyediakabn kepada kami lakaran peta (google map tidak diterima).
- Terma BayaranSemua bayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Untuk masa ini, kami hanya menerima bayaran secara tunai dan cek sahaja.Bagi bayaran secara cek, kami akan mengesahkan bayaran anda setelah 3 hari bekerja. Bayaran boleh dibuat secara deposit ke dalam akaun kami, atau secara 'online' melalui Maybank2u. Kami akan memberikan nombor akaun syarikat kami setelah pesanan yang sah dibuat.
Sila klik disini untuk cara bayaran dan kadar
- Kad Siap dan PenghantaranKad hanya akan diproses setelah semua hasil akhir dipersetujui dan bayaran deposit pertama dibuat. Tempoh kad anda siap adalah bergantung kepada musim dan juga tahap kesukaran reka bentuk kad.Kami akan memaklumkan kepada anda tempooh kad siap apabila anda membuat pesanan. Tempoh kebiasaan adalah antara 7 - 14 hari bekerja. Anda juga boleh menghubungi kami untuk mengetahui status kad anda dalam tempoh 5 hari selepas pesanan dibuat. Untuk masa ini, kami tidak menerima pesanan kritikal (3 hari kad siap). Setelah kad siap, kami akan memaklumkan kepada anda kos penghantaran dan penghantaran hanya dibuat setelah bayaran kos penghantaran dibuat.Namun, anda juga boleh datang sendiri untuk mengambil kad yang telah siap di galeri kami.
- Pembatalan PesananAnda boleh membuat pembatalan jika kad belum ke proses cetakan. Jika anda telah membuat pembayaran pertama dan ingin membatalkan pesanan dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan wang anda. Namun, jika reka bentuk peta telah dibuat, bayaran untuk kos reka bentuk peta tidak akan dikembalikan.
- Privasi PelangganKami memberi jaminan bahawa semua maklumat yang kami terima dari pelanggan kami hanya untuk proses pesanan semata-mata.Kami tidak akan sesekali menyebarkan maklumat yang anda beri kepada sesiapa.