Proses Tempahan

Proses Tempahan
  • Masa yang sesuai untuk membuat pesanan
    Sila buat pesanan 2/3 bulan sebelum tarikh majlis persandingan.Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang kerumitan seperti tempahan anda terpaksa ditolak disebabkan tempahan sudah penuh terutamanya bagi majlis yang berlangsung pada musim cuti sekolah.
  • Cara membuat pesanan
    Anda boleh membuat pesanan melalui dua cara iaitu:-
    • Melalui borang pesanan secara online yang terdapat dalam laman web kami.
    Sila klik disini untuk borang tempahan online.

    • Anda boleh datang ke galeri kad kahwin kami di (melalui temujanji sahaja):- 42-3, Dataran Sunway, Jalan PJU 5/11,Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor.
  • Reka Bentuk Grafik
    Kami mempunyai koleksi kad-kad kahwin yang terkini untuk anda pilih.Namun jika anda
    Sila klik disini untuk kada caj reka bentuk grafik.
  • Peta
    Sila sediakan kepada kami lakaran peta untuk kami hasilkan dalam bentuk grafik.
    Sila klik disini untuk kadar caj reka bentuk peta.
  • Pengesahan akhir reka bentuk dan peta
    Sebelum ke proses percetakan, kami akan memberikan kepada anda hasil akhir reka bentuk keseluruhan kad dan peta untuk pengesahan dari pihak anda. Anda dinasihati untuk menyemak hasil akhir terutama ejaan nama dan juga alamat. Setelah hasil akhir ditandatangani oleh anda, kami akan terus ke proses percetakan.Sebarang kad kahwin yang telah siap dicetak dan sekiranya terdapat kesilapan pada ejaan-ejaan yang telah dipersetujui oleh pihak anda, kami tidak akan bertanggungjawab.
  • Bayaran Deposit Pertama
    Sila buat bayaran deposit pertama sebanyak 50% dari jumlah pesanan ke akaun bank syarikat.
    Nombor akaun akan diberi setelah pesanan dibuat.
  • Proses Cetakan
    Proses cetakan hanya akan dimulakan setelah bayaran deposit 50% pertama dibuat dan setelah semua draf hasil akhir reka bentuk dipersetujui dan ditandatangani.Proses cetakan akan mengambil masa antara 7-14 hari bekerja bergantung kepada musim dan juga kerumitan kad anda (custom design).
  • Siap Dicetak
    Kami akan menghubungi anda sebaik sahaja kad telah disiap.Anda juga boleh menghubungi kami utnuk mengetahui status kad anda dalam tempoh 7 hari selepas kad dicetak.
  • Bayaran Akhir
    Anda diminta untuk membuat bayaran akhir sebanyak 50% dan juga kos penghantaran (sila klik disini untuk kos penghantaran).
  • Penghantaran
    Penghantaran melalui kurier terpilih hanya akan dibuat setelah bayaran akhir dan kos penghantaran dibuat.Anda juga boleh datang ke galeri kami untuk mengambil sendiri kad yang telah siap.